PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, January 28, 2010

Lagi penindasan Guan Eng , kini Kg Muhibbah dalam Parlimen Bagan

Spy yakin semua tentu masih lagi ingat janji-janji manis manifesto Pakatan Rakyat waktu kempen Pilihanraya Umum dulu. Masa tu, bulan dan bintang pun sanggup diberikan hanya semata-mata mahukan undi dari rakyat.

Pada masa tu, ramai juga yang spy nampak termakan dengan pujuk rayu pemimpin-pemimpin pakatan yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim. Meleleh-leleh air liur makcik-makcik serta pakcik-pakcik kawasan luar bandar apabila mendengar janji-janji manis Anwar and the geng di ceramah.

Dan akhirnya, dengan bantuan mantan PM Tun Lah yang menaikkan harga minyak ketahap tak masuk akal, 5 negeri yang dikuasai Umno/BN tumbang ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU12. Maka bermulalah episod duka berlagu lara dikalangan masyarakat setempat di negeri-negeri tersebut.

Spy suka bawa cerita mengenai masalah Pulau Pinang dan juga Selangor kerana dua negeri ini dikuasai oleh bangsa cina kapitalis serta cauvinis DAP. Bagi spy, puak-puak ni lah yang mewarisi kesinambungan perjuangan komunis Bintang Tiga dulu. Tengok muka puak-puak ni pun dah boleh baca hati perut mereka.

Semua dah tau cerita Kampung Buah Pala. Semua juga sudah maklum mengenai bagaimana masyarakat kampung tersebut diusir keluar dari rumah mereka oleh kerajaan DAP akibat kerana terlalu mempercayai janji-janji palsu Anwar.

Lepas ni akan muncul pula kejadian yang hampir serupa dengan sinetron di Kampung Buah Pala. Lokasi yang dimaksudkan lepas ini ialah di Kampung Muhibbah ataupun dikenali juga sebagai kawasan rumah hijau Mak Mandin.

Apa yang menariknya, Kampung Muhibbah ini terletak didalam kawasan Parlimen Bagan iaitu kawasan kubu kuat Khalifah Lim Guan Eng. Puak-puak DAP ini lah juga yang menjanjikan jaminan penempatan semula 70 keluarga penduduk dikawasan tersebut. Malangnya, seperti biasa, ia hanyalah janji pilihanraya sahaja.

Selepas berjaya menawan Pulau Pinang dari Barisan Nasional, kerajaan negeri pimpinan Lim GE mengarahkan semua penduduk Kampung Muhibbah berpindah ke lokasi penempatan baru di tepi sungai Ampang Jajar.

Flat yang dibina untuk menampung penduduk Kampung Muhibbah tersebut amatlah meragukan status keselamatannya kerana ia didirikan diatas tapak kawasan paya bakau sungai. Maka, penduduk kampung menolak tawaran mendiami Flat tersebut diatas alasan keselamatan.

Lagipun, daripada penelitian spy, kawasan flat yang ditawarkan oleh kerajaan DAP kepada penduduk Kampung Muhibbah adalah berjauhan daripada kemudahan-kemudahan awam seperti sekolah dan juga tempat beribadat. Berbeza sekali dengan kemudahan-kemudahan yang ada di Kampung Muhibbah sekarang.

Apabila penolakan tawaran ini diajukan kepada Lim GE, dengan kurang ajar si cina kiasu Melaka ini menyalahkan kerajaan Umno/BN Pulau Pinang. Cukup senang kafir ni nak lepaskan diri dari segala janji yang telah dia buat dulu.

Apakah cina kiasu Melaka ini tak menyedari bahawa kerajaan BN dahulu telah mengusahakan untuk membina rumah kos rendah ditapak Kampung Muhibbah bagi penduduk asal kawasan tersebut? Kenapa kini kerajaan DAP tidak meneruskan usaha tersebut?

Adun kawasan Bagan Jermal, Lim Hock Seng dari DAP pula berkata bahawa kerajaan negeri terpaksa menanggung kos sebanyak RM 6 juta jika mahu membina perumahan kos rendah dikawasan itu. Inilah masalah yang sebenarnya kerana kerajaan Lim GE langsung tak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi membantu penduduk miskin kawasan tersebut.

Nampak sangat Lim GE dan DAP nak lari daripada melunaskan janji-janji mereka sewaktu menagih undi sebelum pilihanraya dahulu. Kerajaan DAP kini telah terbukti meminggirkan dan menindas penduduk miskin Pulau Pinang.

Rakyat miskin telah diusir keluar dari kawasan-kawasan pusat pentadbiran dan juga bandar. Manakala kampung-kampung asal di Pulau Pinang "dirampas" dengan rakus oleh puak-puak ultra kiasu berfahaman cauvinist DAP ini bagi mendirikan penempatan mewah bagi golongan elit.

Sebenarnya, kawasan Kampung Muhibbah ini bakal dibarisi perumahan mewah bernilai RM 250K keatas. Dengar khabarnya, kawasan ini akan digabungkan dengan penempatan di kawasan Raja Uda yang terletak bersebelahan untuk dijadikan China Town.

Jadi apakah logik jika penduduk hanya ditawarkan pampasan berupa seunit rumah murah berserta wang sebanyak RM 1K sahaja sedangkan kerajaan negeri DAP bakal mengaut keuntungan berjumlah jutaan ringgit dan juga dapat memenuhi nafsu kebendaan golongan mewah tauke-tauke di Pulau Pinang.

Untuk memenangi pilihanraya dan juga meraih undi rakyat, puak-puak cina ultra kiasu dan cauvinist ini menaburkan pelbagai janji. Tetapi apabila berjaya mendapat apa yang mereka inginkan, kerajaan BN juga yang disalahkan.

Ibarat mengambil alih sesebuah syarikat, segala kerugian ataupun perbelanjaan haruslah ditanggung sepenuhnya oleh pemilik baru. Bukannya semua dibebankan keatas pemilik lama. Kalau semuanya hendak ditunding jari kepada pihak lain, alamat hancurlah segalanya.

Kerajaan DAP dibawah kepimpinan "terpuji" khalifah Lim GE yang menjadi pujaan hati penganut ajaran Pas dan PKR telah berjaya memperdaya hidup-hidup penduduk kampung di Pulau Pinang.

Selepas ini, mungkin akan ada lagi kampung-kampung yang bakal di "HARIA" oleh Lim GE dan konco-konconya.

Apabila penguasaan total berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang, negeri Selangor pula bakal menjadi target seterusnya. Negeri yang paling kaya di negara itu bakal dijadikan HUB baru puak-puak cauvinist ini beroperasi.

Sekarang ini kita gelakan dulu penduduk Pulau Pinang kerana terlalu mempercayai cina cauvinist DAP ini.

Dan lepas PRU 13 nanti, kita pakat-pakatlah menangis pula beramai-ramai kerana negeri kita sendiri telah ditakluk oleh puak-puak komunis ni akibat dari kita terlampau leka dok gelakkan nasib orang tanpa berusaha menjaga nasib kawasan sendiri.

Lu pikirlah sendiriii...

oleh : spy leman mykmu

No comments:

Post a Comment