oleh : mykmu.net
Isu penindasan dan kezaliman kerajaan negeri sosialis DAP terhadap peniaga berbangsa Melayu di Pulau Pinang bukan lagi perkara baru . Peniaga bukan Melayu pulak terutama bangsa Cina dibiarkan berniaga di tepi-tepi jalan dengan senang hati tanpa perlu rasa bimbang .
Sejak DAP memerintah negeri PP , sudah banyak isu , rungutan dan bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri yang memberi notis melalui PBT agar merobohkan gerai-gerai di tepi jalan terutama bangsa Melayu kononnya gerai mereka menganggu jalan, trafik dan mengotorkan kawasan . Tetapi gerai peniaga Cina pulak dibiarkan berniaga terutama di Jalan Burmah , Jalan Perak , Jalan Raja Uda dan tiada tindakan diambil terhadap mereka . Malah setiap malam jika melalui jalan di situ akan mengalami kesesakan kerana banyak peniaga berniaga di tepi2 jalan .
Hari ini 29/1/2009 , berita bertajuk “ Simpati la nasib kami “ dalam Utusan Malaysia menceritakan nasib satu pasangan pengantin yang mahu melangsungkan perkahwinan di Kedai Doremi milik sepupunya di tepi Pantai Tanjung Bungah .
Semalam adalah hari terakhir kedai yang selama 8 tahun didirikan akan menyembah bumi gara-gara kezaliman dan penindasan oleh Guan Eng. Tetapi , oleh kerana bantahan kuat oleh keluarga pemilik kedai itu dan drama hampir 2 jam ini akhirnya MPPP yang menjadi balaci Guan Eng terpaksa menangguhkan sementara kerja2 perobohan hingga hujung bulan ini .
Hanya empat struktur kedai atas pokok itu sudah dirobohkan.dan yang masih tinggal hanyalah sebuah kedai tiga tingkat atas pokok sementara struktur lain termasuk tandas dan surau telah dirobohkan. Malah pelancong asing yang berada di tepi pantai itu juga datang melihat dan mereka menyatakan sokongan kepada kedai Doremi agari tidak dirobohkan .
" Salah ke orang Melayu yang susah macam saya ini nak tumpang sikit kekayaan ekonomi yang dinikmati kaum lain di negeri ini? Johar Ismail , pemilik kedai Doremi
Inilah kezaliman kerajaan negeri sosialis DAP apabila memerintah di PP dan nasib bangsa Melayu semakin tertekan dan dipinggirkan . Walaupun YDP DPMM PP, Rizal Faris Mohaideen yang pernah memberi peringatan kepada kerajaan negeri PP sebelum ini agar lebih prihatin kepada nasib golongan ini ,tetapi tidak diendahkan .
"Kejadian ini jika dilihat dalam konteks Melayu terpinggir seolah-olah satu penindasan terutama dalam keadaan hanya dua peratus orang Melayu berniaga di bandar ini.
"Pengusaha kafe Do Re Mi telah menjalankan perniagaan di Tanjung Bungah lebih lapan tahun dan tiba-tiba lebih 50 orang pegawai penguat kuasa datang meroboh dan membakar tempatnya berniaga, adakah itu tindakan bertanggungjawab?"
Menurutnya , DPMM PP hampir setiap hari menerima aduan kes seperti oleh peniaga kecil mengenai nasib perniagaan mereka yang telah menerima notis untuk dirobohkan . Sehingga kini 207 laporan aduan sudah dibuat oleh peniaga yang bakal berdepan tindakan kerajaan zalim ini dan difahamkan peratusan jumlanya mengikut komposisi kaum adalah 60 % Melayu , 30 % Cina dan 8 % adalah India. Selain itu , Rizal Faris turut melancarkan Tabung Do Re Mi bagi mengutip dana untuk membantu Johar membangunkan semula perniagaannya dengan DPMM PP menyumbang sebanyak RM5,000.
Selain Kedai Doremi , nasib peniaga gerai ikan bakar iaitu Hammer Bay Ikan Bakar Special di tepi laut jalan Sg Nibong juga bakal menerima yang sama iaitu bakal dirobohkan oleh gestapo kerajaan negeri iaitu MPPP. Pemiliknya , iaitu Sdr Norhisyam yang sudah lebih 10 tahun berniaga di situ bersama 3 gerai lain pernah memohon lesen menduduki sementara ( TOL ) daripada Pejabat Tanah dan Daerah semasa kerajaan BN memerintah tetapi semuanya ditolak.
Walaupun tidak mempunyai kebenaran untuk berniaga di kawasan itu , premisnya dan juga 3 gerai lain tidak pernah diganggu oleh kerajaan negeri BN tetapi kini senarionya sudah berubah di bawah pentadbiran kerajaan sosialis DAP dan Guan Eng . Selain itu , pendapatan lebih 70 nelayan Melayu di sekitar pantai tersebut juga akan terjejas kerana ikan-ikan segar ini dibekalkan oleh mereka kepada gerai-gerai ini .
Menurut sumber dari DPMM PP , ramai peniaga Melayu di PP sudah menerima notis mengosongkan premis masing-masing sejak 31 Disember lalu daripada MPPP . Walaupun mereka ini ditawarkan tempat berniaga baru tetapi sebenarnya tempat itu tidak strategik dan boleh diibaratkan " mati " kerana tidak ramai orang melalui kawasan itu.
YB Melayu 2,3 kerat dalam kerajaan negeri seperti Dr Mansor , Malik Kasim , Salleh Man ini memang hanya boneka DAP dan membisu sahaja dalam isu ini . Mana perginya Mujahid Yusof Rawa kononnya dikatakan pejuang Melayu PAS di PP malah baru saja selepas berdebat dengan Reezal Merican dalam isu Melayu PP baru baru ini ??
Sy juga menyambut baik ketegasan DPMM PP bersama 23 NGO Melayu dalan isu ini dengan menutup terus rundingan antara mereka dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah Melayu ditindas dan dizalimi . Tidak guna kita berlembut dan menggunakan diplomasi dengan kerajaan zalim seperti ini kerana mereka tidak akan dengar suara kita.
Malah sy menyokong DPMM PP mengambil tindakan sendiri bagi menunjukkan kemarahan dan suara mereka kepada kerajaan negeri yang zalim dan menindas rakyat .
Tenang:Roket Di Junjung,Bulan Gerhana
13 years ago
No comments:
Post a Comment