Ini merupakan kejayaan sulung buat NGO belia di Kepala Batas kerana berjaya mengumpulkan hadirin yang ramai memenuhi setiap ruang tapak ceramah sehingga memaksa limpahan orang datang berdiri di bahu jalan .
Siri roadshow ceramah dan pidato Ezam Mohd Noor kini sudah masuk 2 kali di negeri Khalifah Lim Guan Eng dan kehadiran Datuk Zahrain menambah lagi kehangatan ceramah semalam dengan pendedahan kisah sebenar oleh kawan baik Anwar Ibrahim yang baru keluar dari PKR setelah perasaan " Keraguan Mengatasi Kepercayaan " dalam dirinya .
EZAM TARIK BALIK KENYATAANYA ,PERKATAAN , TINDAKAN MENYOKONG BANTAHAN TERHADAPA TUDUHAN LIWAT DSAI PADA 1998
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor membuka tirai ceramah semalam dengan mengumumkan menarik balik semua kenyataan, perkataan dan tindakannya yang menyokong bantahan terhadap tuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Beliau juga turut memohon maaf kepada orang ramai berhubung tindakannya itu di hadapan ribuan hadirin yang hadir ke ceramah 'Ini Kisah Sebenar' anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (BEMUDA) di Paya Keladi
"Saya dengan nama Allah ingin menarik balik semua kenyataan, perkataan dan segala tindakan saya ketika berjuang untuk membantah tuduhan liwat terhadap Anwar sehingga menimbulkan keadaan huru-hara," katanya. Pada 2000, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas menghabiskan hampir enam tahun di penjara selepas Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan dan mengenepikan hukuman penjara itu. Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dituduh meliwat Azizan antara Januari dan Mac 1993 di apartmen Sukma.
Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar ketika Ketua Pembangkang itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau berbuat demikian selepas mendapat maklumat baru berhubung tuduhan liwat membabitkan Anwar.
"Saya bukannya berniat hendak menghina mahkamah, tetapi saya dapat maklumat terbaru. Saya tidak mahu mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan Anwar.
"Jadi, kepada mereka yang membelanya ketika ini, berhentilah. Biar beliau membela diri sendiri dan sehingga kini beliau tidak pernah membuat penafian terbabit (kes liwat) yang menimbulkan perasaan wasangka," katanya.
Ezam berkata, beliau tidak mahu untuk mendedahkan perkara itu dan hanya akan berbuat demikian jika Anwar atau Dr Wan Azizah mencabarnya untuk berbuat demikian.
Katanya, Anwar hanya mengarahkan orangnya untuk membuat penafian terhadap dakwaan terhadapnya itu termasuk ulama tersohor, Yusuf Qardawi dengan hanya memberitahu sebahagian perkara benar.
"Beliau tidak pernah menceritakan cerita penuh yang sebenarnya sehingga menyebabkan ada dalam kalangan orang menyokongnya tersalah mengeluarkan fakta atau fatwa.
"Anwar seharusnya membiarkan proses undang-undang, bukannya dengan menjaja cerita bahawa beliau menjadi mangsa konspirasi sehingga ke luar negara," katanya.
ZAHRAIN DEDAHKAN KISAH KERJA JAHAT ANWAR
Zahrain semalam telah membuatkan semua hadirin yang hadir tergepun dengan cerita2 pembohongan Anwar seperti isu pendedahan Zulkifli Nordin tentang kes pembunuhan Altantuya , projek 16 Sept , isu video fatwa Yusof Qaradawi , dan isu APCO - 1 Israel .
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Malah Berita Harian Online juga melaporkan Zahrain turut mendakwa bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.
Zahrain mendakwa diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri.
"Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.
"Beliau juga diarahkan oleh Anwar untuk mengaitkan nama anak Nazri dalam kes pembunuhan (Darrren)," katanya.dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, di Kepala Batas, malam semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda).
Selain itu, Zahrain juga menempelak MP Kalabakan " seorang pemimpin makan dua belah pihak " yang menyerangnya baru-baru ini di Parlimen dengan gelarkan beliau perut buncit dan rasuah . Beliau menjelaskan MP Kalabakan itu sebenarnya adalah rakan baik Anwar dan kenyataan perut buncit menyerangnya itu adalah seperti arahan dari Anwar .
PB pun hairan juga MP-MP BN lain yang disebut oleh Zahrain tidak lah melenting seperti Kalabakan seorang ini dan pemimpin lalang seperti orang ini harus diawasi tindak tanduknya.
No comments:
Post a Comment