PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Saturday, July 24, 2010

Ceramah Pentas Pemuda Bongkar & Dedah di Bukit Mertajam









Dalam minggu ini , pelbagai isu yang berlaku di PP dan orang Melayu terutamanya terus ditindas oleh kerajaan DAP Sosialis diketuai Lim Guan Eng . Semalam satu CERAMAH PENTAS PEMUDA BONGKAR & DEDAH dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bukit Mertajam di Jalan IKS Bukit Minyak sebagai rangkuman segala-galanya untuk menerangkan kepada rakyat tentang apa yang berlaku isu politik semasa di PP .

Ceramah semalam menampilkan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir (Ketua UMNO Bahagian Bkt Mertajam ) , Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim ( MP Bebas Bayan Baru ) , Sdr Fauzi Muda ( bekas Ketua Cabang PKR Ipoh Timur ) . DAP terutama Guan Eng dan PKR diserang habis -habisan oleh 3 orang penceramah hebat ini .

Kehadiran rakyat terutama orang Melayu di sekitar Bkt Mertajam ke ceramah semalam merupakan permulaan cukup baik dan ini merupakan langkah yang tepat menerangkan kelemahan dan penindasan kerajaan Pakatan di PP . Kalau di Selangor boleh diadakan roadshow Selamatkan Negeri Selangor , negeri yang ditadbir pembangkang seperti PP juga perlu lebih kerap diadakan lagi siri ceramah mengenai kezaliman dan pembohongan oleh kerajaan Guan Eng kepada rakyat .






No comments:

Post a Comment