PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Sunday, July 25, 2010

Kerajaan Guan Eng cadang melarang pembinaan rumah kos rendah di PP

sebuah rumah kos rendah MPPP dibina di
Daerah Timur Laut


Semakin rakus dan zalim !! Itu lah kata-kata yang sesuai untuk kerajaan DAP Guan Eng ini semakin gila melakukan penindasan terhadap rakyat marhaen di PP seperti ala-ala Zionis Israel . Baru beberapa hari saja merobohkan gerai Ikan Bakar Hammer Bay , mahu usir penduduk Melayu Kg Pokok Assam dan Kg Binjai , memberi notis untuk merobohkan Sek Tentera Udara dan hari ini kerajaan negeri menerusi Adun Pantai Jerejak yang mencadangkan larangan pembinaan rumah kos rendah di kawasan pulau. klik di sini

Dengan alasan kebanyakan rumah pangsa berada dalam keadaan daif, kotor dan mencacatkan pemandangan kerana kepadatan penduduk di kawasan berkenaan.

Apa motif kerajaan Guan Eng mencadangkan idea gila dan tak masuk akal ini ?? Ini kah yang dikatakan kerajaan Berjiwa Rakyat seperti yang mereka laung-laungkan ?? Puak2 Melayu dalam PKR dan PAS mana pergi ?? Blogger2 PR PP mana suara anda ? Sudah dapat pingat PJK sudah jadi bisu ke ??


Adakah kerana Guan Eng yang dulunya melaungkan negeri pertama di Malaysia berjaya hapus miskin tegar dan memberi RM 100 kepada warga emas sudah boleh diberi lesen kepada mereka untuk melarang pembinaan rumah mampu milik seperti kos rendah kepada rakyat marhaen ?

Rakyat PP masih lagi ramai yang berpendapatan rendah dan miskin yang ingin memiliki sebuah rumah sendiri tetapi jika larangan ini dikuatkuasakan maka mereka terpaksa membeli rumah di seberang kerana sudah tidak lagi rumah kos rendah .

Selain itu , larangan ini juga merupakan agenda halus Guan Eng yang meniru stail PAP di Singapura untuk mengusir Melayu di PP . Sudah lah kampung2 Melayu juga bakal dilenyapkan oleh DAP Zionis ini , ini pulak mahu halang orang Melayu yang kebanyakannya berpendapatan rendah ini daripada memiliki rumah di kawasan pulau .


Ini baru memerintah sebuah negeri , belum lagi DAP Zionis ini memerintah negara dan menerajui kerajaan pusat. Bayangkan lah bandar-bandar seperti KL , Putrajaya , Ipoh , JB , Shah Alam ini , tidak mustahil selepas ini mereka boleh buat larangan pulak pembinaan rumah kos rendah seperti PPR di bandar2 ini dengan alasan nampak daif, kotor dan mencacatkan pemandangan !!

Kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya adalah kerajaan yang tidak mendengar suara rakyat, tidak tolong rakyat , dan menindas rakyat !!

No comments:

Post a Comment