PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Wednesday, March 2, 2011

Guan Eng jadi batu api bangkit kemarahan rakyat PP terhadap kerajaan Pusat



GEORGETOWN - Pulau Pinang tidak pernah dipinggirkan daripada arus pembangunan nasional seperti yang didakwa Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sebaliknya dakwaan itu adalah percubaan Pakatan Rakyat (PR) untuk menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat kepada Kerajaan Pusat.

Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata, kenyataan Guan Eng yang mendakwa Pulau Pinang dipinggirkan oleh Kerajaan Pusat selama ini adalah taktik politiknya bagi menimbulkan rasa kurang senang rakyat negeri ini.

Dr Teng berkata, tindakan berterusan Guan Eng membidas Kerajaan Pusat kononnya Pulau Pinang tidak lagi mendapat projek pembangunan adalah disebabkan mahu menutup kelemahan pentadbiran pakatan pembangkang.

“Guan Eng sedang cuba mewujudkan konflik antara rakyat Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa negeri ini diabaikan dan ia adalah taktik politik bagi meraih sokongan orang ramai.

“Hakikatnya, Guan Eng kerap menimbulkan masalah apabila Kerajaan Pusat mahu membawa pembangunan ke Pulau Pinang seperti monorel dan lebuh raya lingkaran luar,” katanya.

Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, kenyataan Guan Eng itu cukup mengecewakan kerana Kerajaan Pusat selama ini menyediakan peruntukan secara adil kepada setiap negeri meskipun ia ditadbir pembangkang.

Menurutnya, berdasarkan Perlembagaan, setiap negeri termasuk Pulau Pinang disediakan bantuan merangkumi enam bidang iaitu kebajikan, jalan raya, cukai, penternakan, pihak berkuasa tempatan dan geran mengikut bilangan penduduk.

“Tidak pernah timbul isu kononnya rakyat Pulau Pinang diabaikan atau dipinggirkan dan sebagai bukti ketika Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Kerajaan Pusat membelanjakan lebih RM7.2 bilion hanya untuk projek kecil di Pulau Pinang.

“Kenyataan Guan Eng kononnya Pulau Pinang dipinggirkan sebenarnya mengelirukan rakyat. Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya mengambil sikap berbaik-baik dan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat,” katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, menyifatkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang sering bertindak menutup kelemahannya dengan menyalahkan pihak lain.

Menurutnya, kegagalan cuba disembunyikan dengan kenyataan mengkritik Kerajaan Pusat.

No comments:

Post a Comment