PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Wednesday, March 16, 2011

Rakyat berdemo tanda kegagalan kerajaan DAP P.Pinang mentadbir negeri


Demonstrasi rakyat terutamanya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak kebelakangan ini merupakan satu-satunya saluran untuk mereka menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap ‘cakap tak serupa bikin’ serta gagal menunaikan janji oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, ini kerana, cara rundingan, berbincang atau melalui penyerahan memorandum yang dibuat sebelum ini seolah-olah tidak dipedulikan langsung oleh kerajaan negeri.

Katanya, meskipun cara tersebut tidak sesuai untuk keharmonian, rakyat terpaksa berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.


“Justeru, dia (Ketua Menteri, Lim Guan Eng) tidak boleh menyalahkan rakyat ataupun NGO terlibat atas kebangkitan mereka melakukan demonstrasi kerana mereka melakukannya akibat tertekan dengan kegagalan kerajaan negeri sendiri.


“Rakyat sudah muak mendengar kata-kata dan janji-janji manis mereka (kerajaan DAP Pulau Pinang) sedangkan hakikatnya sehingga hari ini mereka gagal untuk menunaikan janji,” katanya ketika ditemui di pejabat Barisan Nasional Pulau Pinang, di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai bantahan yang dibuat oleh lebih 200 ahli daripada beberapa NGO Melayu di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Sabtu lalu.


Dalam perhimpunan yang bertemakan Bangkit Melayu Membela Islam itu, kumpulan berkenaan turut ‘menghadiahkan’ keranda yang ditempah khusus untuk Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik.

Antara NGO yang menyertai perhimpunan itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Persatuan Melayu Tanjung, Persatuan Silat Gegaran Petani Pulau Pinang dan Pertubuhan Seni Silat Pesaka Gayung Malaysia.


Turut serta Persatuan Anak Jati Melayu Islam Negeri Pulau Pinang (Pajim), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Nelayan Jelutong dan Gelugor, Majlis Belia Daerah Barat Daya, Pertubuhan Belia 4B Malaysia Negeri Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.


Menurutnya, Guan Eng perlu mengkaji dan mencari punca sebenar apa yang membuatkan rakyat dan NGO membuat pelbagai demonstrasi dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka sehingga ada yang sanggup menghantar keranda.


Bagaimanapun, kata Musa, Guan Eng sepatutnya berbangga kerana budaya pembangkang sebelum ini yang suka melakukan demonstrasi apabila tidak puas hati dengan sesuatu perkara dijadikan contoh dan ikutan rakyat.

“Lagipun, mereka yang memulakannya dulu dan apa dilakukan rakyat Pulau Pinang sekarang hanya mencontohi apa pernah mereka (pembangkang) lakukan,” katanya.


Namun, tegas Musa, tindakan seorang wakil kumpulan itu menghantar keranda kepada pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang itu bukan budaya yang yang diamalkan di negara ini.



“Tidak kira siapapun dia, tindakan tersebut kami tidak setuju. Itu bukan budaya kita,” katanya

No comments:

Post a Comment