PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Wednesday, April 27, 2011

Idea Hitler: Dakwaan Guan Eng bermuslihat politik - TPM



IPOH 26 April - Dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dikatakan menggambarkan seolah-olah Malaysia mengamalkan idea Adolf Hitler merupakan satu kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata dan bermuslihat politik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, jika Malaysia mengamalkan idea Hitler yang bersikap diktator, Pulau Pinang tidak akan menikmati kemajuan seperti dilihat hari ini.

"Saya tidak tahu daripada mana dia belajar mendapat ilmu itu (sehingga menggambarkan seolah- olah Malaysia mengamalkan idea diktator).

"Kita tidak mengamal sistem kuku besi atau bersikap diktator, sebaliknya mengamalkan sistem demokrasi, dasar perniagaan yang terbuka dan kemajuan untuk semua kaum tanpa mengira warna kulit," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2011, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman blog Minda Intelek Melayu (M.i.M) terhadap Guan Eng yang dikatakan cuba menggambarkan seolah-olah negara ini mengamalkan idea Hitler iaitu seseorang itu lebih unggul daripada yang lain kerana warna kulit.

Idea berkenaan menurut blog M.i.M itu dilontarkan oleh Guan Eng dalam perutusan beliau sempena sambutan Hari Easter 2011 seperti yang disiarkan menerusi laman blognya kelmarin.

Kenyataan Guan Eng itu, kata blog berkenaan, berbaur hasutan dan berat sebelah kerana adalah tidak masuk akal apabila segala yang terbina dalam negara ini adalah berdasarkan kepada idea-idea Hitler.

Muhyiddin berkata, sejak memerintah, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengagihkan kekayaan negara kepada hampir semua kelompok masyarakat tidak kira di bandar atau luar bandar.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, ukuran kejayaan kepada usaha itu dapat dilihat apabila pendapatan per kapita penduduk meningkat, semua kaum menikmati limpahan kemakmuran negara selain mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa seperti Bank Dunia.

Malah, beliau menambah, contoh klasik kejayaan dasar kerajaan adalah negeri Pulau Pinang yang berkembang menjadi kota metropolitan hasil sokongan kerajaan Pusat, rakyat pelbagai kaum dan pelabur asing.

"Saya tidak faham apa asas dakwaan beliau. Saya fikir ia satu kenyataan yang tidak adil," katanya.

No comments:

Post a Comment