PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Saturday, April 16, 2011

NGO dakwa Guan Eng tidak telus isu wang kutipan daripada beg plastik

GEORGE TOWN, 15 April - Tiga pertubuhan bukan kerajaan di sini hari ini membuat laporan polis kerana mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak telus mengenai kutipan wang daripada pengguna yang mahukan beg plastik setelah beli belah di pasar raya di negeri itu sempena kempen “Tanpa Beg Plastik”.

Mohd Rizuad Mohd Azudin, pengerusi Perkasa Daerah Timur Laut, satu daripada NGO berkenaan, berkata jumlah wang yang dikutip sejak Januari lepas tidak pernah dibentangkan dan rakyat juga tidak tahu bagaimana wang itu dibelanjakan.

Rakyat perlu tahu mana perginya duit berkenaan yang dinyatakan akan digunakan untuk kebajikan rakyat miskin di negeri ini,” katanya selepas membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.

NGO yang turut membuat laporan polis mengenai dakwaan itu ialah Persatuan Anak Jati Melayu Negeri (PAJIM) dan Suara Anak-anak Malaysia.

Timbalan Yang Dipertua PAJIM, Jaffar Osman pula berkata kerajaan negeri perlu mengkaji semula kempen itu dan menggunakan alternatif lain seperti penggunaan beg kertas, tanpa perlu mengutip wang daripada rakyat.

“Kalau tidak benarkan penggunaan plastik, cari kaedah lain…bukan ambil kesempatan kutip duit rakyat, ini bukan kempen, ini tipu duit rakyat,” katanya.

Kempen Tanpa Beg Plastik dilancarkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 1 Jan lepas. Ia melibatkan semua pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, restoran nasi kandar dan kedai serbaneka termasuk di stesen minyak.

Lim dilaporkan berkata wang yang dikutip itu akan disalurkan kepada akaun Rakan Anti Kemiskinan di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment