Pemuda UMNO negeri ini yakin dapat menarik golongan muda di negeri itu untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Ketuanya Shaik Hussein Mydin berkata keyakinan itu berdasarkan maklumat balas yang diterima oleh pergerakan itu menerusi aktiviti kemasyarakatan dan juga program pendaftaran pengundi baru yang dilaksanakan sejak awal tahun.
"Pemuda UMNO yakin kita mampu memberi tentangan hebat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Shaik Hussein berkata maklumat balas yang diterima oleh pergerakan itu juga mendapati golongan pengundi muda telah bosan dengan kerajaan negeri yang banyak berpolitik daripada menganjurkan aktiviti kemasyarakatan.
Beliau berkata, Pemuda UMNO negeri menganjurkan aktiviti penerangan kepada rakyat bagi menjelaskan kenapa perlunya BN diberi mandat semula sebagai kerajaan negeri.
Shaik Hussein, yang dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang yang baru berkata, pergerakan itu juga akan menemui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan blogger bagi mendapat maklumat balas mengenai isu-isu politik semasa.
pemuda sanggup junjung senjata bagi memartabatkan agama dan bangsa
ReplyDelete