Larangan memasuki pejabat ketua menteri di tingkat 28,Komtar untuk menjawab persoalan oleh Rizal Merican,Guan Eng telah menyuruh Farida Hani,Setiausaha Sulitnya untuk membuat sidang media dan memberi penerangan berkenaan isu larangan tersebut.
Heboh diperkatakan kenapa Guan Eng sendiri tidak menjawap isu ini sebaliknya hanya mengunakan Farida sebagai jurucakap.
Guan Eng seperti biasa cukup bijak mempergunakan orang lain untuk mengelak dari berdepan isu yang merosakkan imej beliau,justeru beliau mengunakan Farida Hani secara tergesa gesa untuk membuat sidang akhbar,kelihatan Farida Hani agak gementar untuk berhadapan didepan kamera kerana beliau menyedari umum akan tahu siapakan beliau sebenarnya suatu hari nanti.
Farida Hani telah memperhambakan diri untuk menjadi suruhan khalifah sosialis malah sanggup melakukan apa saja demi tuan DAPnya agar terbela , dengan mengunakan seorang gadis melayu guan eng fikirkan kononnya telah berjaya menunjukkan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa seorang melayu mampu menjadi hamba suruhan untuk melakukan apa saja hatta membatalkan perarakan maulidur rasul sepertimana Malik Kassim.
Mungkin sesetengah orang tertanya-tanya siapakah dia Farida Hani yang tiba-tiba muncul mempertahankan Guan Eng? Perempuan Melayu yang fasih berbahasa Cina ini sebenarnya adalah bekas Pembantu Khas Dato’ Jahara Hamid, ADUN Teluk Ayer Tawar yang juga merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri pulau Pinang semasa pemerintahan BN.
Farida Hani juga adalah bekas Setiausaha Kerja Wanita UMNO Pulau Pinang semasa diterajui Dato’ Jahara. Malah suatu ketika dahulu pernah ada ura-ura Farida hani mahu bertanding sebagai Puteri UMNO bahagian Bukit Gelugor. Apapun itu kisah semasa BN berkuasa.
Sekarang Farida hani adalah perisai Guan Eng bagi menangkis isu-isu membabitkan agama Islam dan orang Melayu.Hari ini dengan penampilannya mempertahankan kerajaan kafir DAP dan Guan Eng Laknatullah membuktikan kepada kita betapa berjayanya Guan Eng memperalatkan Farida Hani.
Guan Eng mempunyai pilihan lain untuk menyuruh pegawai-pegawai berbangsa Cina lain membuat kenyataan akhbar tetapi sengaja memperalatkan Farida Hani supaya UMNO Pulau Pinang khususnya dan orang Melayu amnya mengetahui bahawa masih ada Melayu yang sanggup tampil ke depan mempertahankannya. Penampilan Farida hani juga adalah satu tamparan buat UMNO kerana Guan Eng telah berjaya memperdayakan bekas orang kuat UMNO.
sumber jebatpenang
Guan Eng seboleh mungkin mahu menunjukkan beliau tidak rasis,walhal pada masa yang sama sikap beliau cukup jelas terserlah sifat diktator,chauvanist dan berfikiran komunis.
No comments:
Post a Comment