Tamparan demi tamparan singgah ke Parti Keadilan Rakyat.
Setelah baru-baru ini Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim ucap selamat jalan manakala isu Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin makin memuncak,bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pula menambah luka.
Ahad malam beliau mengumumkan keluar PKR dan seterusnya menandatangani borang UMNO yang kemudiannya diserahkan terus kepada Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Fairus,33 membuat pengumuman itu semasa menyampaikan ucapan ringkasnya di depan Najib pada Majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di sebuah hotel dekat Ampang.
Najib pula, semasa menyampaikan ucapan sangat tertarik dengan prinsip Fairus meninggalkan PKR yang dikatakan gagal mempertahankan soal prinsip ‘fundamental’ iaitu memartabatkan dan maruah kesucian agama Islam.
“Oleh itu, saya atas nama Presiden UMNO ingin menyatakan bahawa anak muda ini, saudara Fairus, kami terima dengan senang hati…kerana saya tahu bahawa saudara Fairus mengambil keputusan ini atas soal prinsip dan atas soal dasar, bukan kerana jawatan, bukan kerana ganjaran tetapi atas nama perjuangan…sebab itulah beliau…pada hari ini, pada majlis ini, pada malam ini, pada saat ini menjadi anggota kepada parti UMNO…selamat datang saudara Fairus,” kata Najib.
Dalam ucapannya Fairus menjelaskan bahawa perasaan kecewanya semakin memuncak bila isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sudah tidak dipertahankan oleh pucuk pimpinan PKR.
Beliau juga membuat pendirian tersebut setelah melakukan solat sunat Istikharah selama tiga bulan bagi mencari kepastian dan berjaya mendapat petunjuk jelas mengenai keperluannya meninggalkan PKR.
"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hampir 1000 hadirin.
Mohammad Fairus merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti menyepikan diri hampir setahun dari arena politik sebelum muncul semula malam itu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219.
Bagaimanapun beliau meletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 dan sebagai ADUN Penanti pada 16 April tahun yang sama atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.
Dalam majlis tersebut Najib dianugerahkan Anugerah Sandang Mahkota Agung Seri Pelangi Sakti PSSGM.
Beliau disarungkan selempang dan tengkolok oleh Yang Di Pertua PSSGM Datuk Adiwijaya Haji Abdullah.
Anugerah Sandang Kebesaran PSSGM pernah diterima Najib pada tahun 1988 dari Mahaguru PSSGM Datuk Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim.
Turut menerima watikah sandang kebesaran PSSGM ialah Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, Mohammad Fairus dan beberapa orang lain.-28/2/2010
WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
-
*Liwat: Anwar didapati bersalah*
PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Datuk Seri
Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu pe...
Anwar Dilarang Masuk jepun
-
Setelah kita tahu kes sebenar Anwar Ibrahim yang dilarang masuk ke negara
Jepun, apakah seterusnya?
PB sarankan kepada Anwar, MP Permatang Pauh, Pula...
PAS Mahu Bukan Melayu Tetap Status Pendatang!
-
Blog MiM melihat kepimpinan PAS sengaja menempah bala apabila mula
mempertikaikan sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika mereka bersikap
demikian, di si...
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
Hendak Kerja, Sertai Armada
-
Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam
pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di
a...
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.
-
Ini disertakan beberapa BUKTI dan Link kenyataan- kenyataan berkaitan
Pakatan Harapan bersekongkol dan menyokong LGBT.
http://www.malaysia-today.net/musl...
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin
-
Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat
menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap
pembangkang sew...
AnWAR : 'SESUMPAH' YG MAHU BERSUMPAH
-
1. Semingu dua ini sudah kedengaran kembali ura-ura AnWAR mahu mahu
bersumpah bagi membersihkan dirinya. AWAS!! Ini satu lagi taktik mahu
meraih simpati s...
Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ?
-
*Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri
sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes
liwatnya dengan Sa...
No comments:
Post a Comment