PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, February 25, 2010

Harakah PAS Dibodohkan Guan Eng.

Rupa-rupanya masih ramai yang tidak sedar tentang muslihat Guan Eng. Malah, mereka yang beria-ia mempertahankan Guan Eng terdiri daripada orang Melayu yang masih terperangkap di dalam permaianan politik sehinggakan merestui segala kenakalan dan ketidakefesien Guan Eng mentadbir negeri Pulau Pinang.

Dan sekarang, HarakahDaily turut mengaku bahawa Guan Eng tidak salah jika beliau mengutamakan kaum Cina jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di negeri ini!

Di antara kenyataan HarakahDaily yang berbau rasis dan tidak sedar diri itu ialah :-

Orang Melayu UMNO marahkan Lim Guan Eng kerana kononnya dia mengutamakan Cina dan meminggirkan Melayu. Ya, Guan Eng memang Cina, dan kalau dia mengutamakan Cina, dia telah melakukan sesuatu yang betul.

Web berita PAS itu secara terang-terangan telah merestui sikap perkauman yang diperjuangkan oleh Guan Eng. HarakahDaily tidak ambil peduli jika kaum mereka dan kaum India ditindas oleh Guan Eng. Malah, mereka menyokong jika Guan Eng mengutamakan kaum Cina!

Secara tidak langsung, ianya juga bermaksud bahawa HarakahDaily merestui gerai-gerai orang Melayu dirobohkan dan membiarkan peniaga-peniaga Melayu merintih tanpa alternatif untuk menyara kehidupan seharian mereka yang susah.

Di manakah rasionalnya pemikiran HarakahDaily atau mereka sebenarnya tidak berfikir sebelum menulis sesuatu berita?

Atau,

Apakah HarakahDaily hanya sekadar auta dan buta hati dan menulis berita untuk mensensasikan Guan Eng yang jelas telah gagal sebagai Ketua Menteri?

Realitinya, kita mesti tahu bahawa seseorang pemimpin tertinggi di dalam sesebuah negeri dan negara tidak boleh hanya mementingkan kaum mereka sahaja dan menindas kaum-kaum lain seperti di Pulau Pinang.

HarakahDaily juga mendakwa bahawa :-

Soalnya ialah, PM, TPM, sebahagian besar menteri adalah Melayu tetapi tidak membuat apa yang sepatutnya untuk orang Melayu.

Kenyataan HarakahDaily jelas menunjukkan kecetekan mereka di dalam mentafsir perkembangan dan kemampuan yang dikecapi oleh orang Melayu selama ini.


Kemungkinan besar mereka yang berada di dalam portal berita tersebut turut mendapat nikmat daripada perancangan yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini tetapi mereka tidak bersyukur dan berterima kasih.

Dan mereka sekadar menulis kosong tanpa sebenarnya berhujah berdasarkan fakta-fakta dan tindakan mereka itu amat memalukan sekali.

Penulis berkata demikian kerana sebagai portal berita, HarakahDaily telah gagal malah telah berbohong apabila mereka melaporkan sesuatu berita.

Persoalannya, apakah pemimpin-pemimpin yang disanjungi oleh HarakahDaily telah berbuat sesuatu yang signifikan kepada orang Melayu selama ini?

Tentunya tidak ada. Contoh yang mudah ialah pentadbiran negeri Kelantan masih gagal membina masjid di atas nama kerajaan negeri tersebut.

Tidakkah itu gagal dan 'tidak membuat apa yang sepatutnya untuk Melayu' namanya?

Malah, HarakahDaily turut gagal melaporkan kewibawaan pemimpin-pemimpin PAS negeri Pulau Pinang yang dianggap sebagai tidak wujud oleh Guan Eng. Sebagai bukti, janji Anwar Ibrahim dan Guan Eng untuk melantik ADUN Permatang Pasir sebagai Pengerusi MAIPP hanya satu penipuan terang-terangan!

Dimanakah HarakahDaily ketika pemimpin PAS dan rakyat Permatang Pasir ditipu oleh Guan Eng dan Anwar Ibrahim?

Yang melawakkan ialah pihak HarakahDaily tidak mahu bertanggungjawab dan cuci tangan di atas keceluparan artikel tersebut yang menyokong Guan Eng mengutamakan kaum Cina!

Mereka menulis :-

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Jika HarakahDaily tidak mahu bertanggungjawab, lebih baik mereka tidak siarkan artikel tersebut kerana artikel itu sudah pasti akan mengundang kemarahan dan kekecewaan orang bukan Cina di negeri Pulau Pinang!

Kita rakyat Pulau Pinang mahu seorang Ketua Menteri yang tidak rasis dan berat sebelah.

No comments:

Post a Comment