PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, February 4, 2010

Kerajaan Khalifah LGE bohong tidak robohkan gerai penjaja sementara


bukti gerai penjaja sementara orang Melayu di Taman Bertam
Perdana dirobohkan oleh MPSP


oleh : mykmu.net

Apabila saya membaca laporan oleh seorang Exco kerajaan kuku besi Guan Eng hari ini bahawa penjaja sementara akan terus dibenarkan berniaga di kawasan mereka ( tepi jalan ) selagi mereka tidak mendirikan sebarang struktur tetap .

“Mereka ada lesen dan hanya berniaga di atas tapak sementara.

“Kalau mereka dirikan struktur tetap, barulah PBT akan bertindak merobohkannya,”

Ini merupakan satu PEMBOHONGAN BESAR kerajaan diktator ini yang kini didesak memberi penjelasan berhubung status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan tetapi terlepas daripada sebarang tindakan. Gerai-gerai bukan Melayu ini beroperasi di tepi-tepi jalan sehingga menganggu lalulintas trafik sehinga menyebabkan kesesakan.

Exco kerajaan negeri PP jelas menipu bahawa mereka tidak mengambil tindakan terhadap peniaga kecil yang berniaga di atas tapak sementara. Dulu pernah keluar berita ini dalam Utusan iaitu mengenai penjaja kecil di Taman Bertam Perdana yang kesal tindakan pilih kasih MPSP yang merobohkan gerai mereka dalam masa 24 jam .

Notis dikeluarkan pada jam 6.30 petang dan diminta membuat rayuan di pejabat MPSP keesokkan harinya . Tetapi belum sempat membuat rayuan , 30 orang penguatkuasa datang merobohkan gerai mereka . klik di sini untuk membacanya

Kepada kerajaan negeri kuku besi , jangan cuba nak berbohong kepada orang Melayu lagi . Kini mereka sudah boleh menilai dan membuat perbezaan kebaikan kerajaan dahulu dengan kezaliman kerajaan sekarang . Kezaliman kerajaan DAP terhadap orang Melayu sudah tidak boleh ditutup lagi dan sudah terang sekarang berlaku depan mata .

Buat Ketua AMK Pulau Pinang yang sanggup menjadi balaci Guan Eng hingga membuat kenyataan pondan dengan meminta Zahrain mohon maaf kepada Anwar dan Guan Eng ,PB sarankan hang turun padang dahulu dan lihat sendiri nasib orang Melayu terutama peniaga2 kecil yang kini berdepan dengan gerai mereka yang bakal dirobohkan terlebih dahulu sebelum bercakap pertahanakan Guan Eng . Jangan hanya menjadi pak turut dan yes boss kepada pemimpin diktator dan cauvinis ini seperti khalifah Lim Guan Eng ini.

Baca di sini juga malik kasim pertahankan bosnya Khalifah Guan Eng dengan menuduh Zahrain menyanyi ikut irama BN . Kalau Zahraian dituduhnya menari ikut irama BN , Malik pulak menyanyi ikut irama DAP ke ?? Ini lagi antara Melayu 2,3 kerat yang tak berguna untuk Melayu PP . Mengapa Malik diam dan tidak bersuara bila gerai peniaga Melayu di robohkan ??

Fikir-fikirkanlah ..

No comments:

Post a Comment