PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Wednesday, February 17, 2010

Guan Eng Gagal Sebagai Ketua Menteri.

Pentadbiran kerajaan negeri yang kini dilihat kelam kabut, dipercayai telah menyebabkan pelabur berpotensi hilang keyakinan untuk melabur di sini.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, perkara itu dapat dilihat melalui jumlah pelaburan yang mampu ditarik oleh pakatan pembangkang sejak mentadbir negeri ini.

''Kalau semasa BN memerintah dahulu kita berjaya menarik pelaburan mencecah RM10.6 bilion tetapi sejak kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mereka hanya berjaya memperolehi RM1.6 bilion.

''Jadi, bagi memastikan ekonomi sentiasa berkembang pesat di negeri ini, rakyat perlu memilih BN memerintah di sini," katanya dalam ucapan sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan di sini hari ini.

Majlis berkenaan yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 1 petang itu berlangsung penuh meriah dengan kehadiran pemimpin serta rakyat berbilang kaum.

Antara yang hadir Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi MIC negeri, Datuk P.K. Subbaiyah.

Selain itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim; Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Pemuda MCA, Eng Hiap Boon dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan juga hadir.

Wakil-wakil pakatan pembangkang yang kelihatan ialah Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Ahli Parlimen Nibong Tebal daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng.

Sementara itu, Hock Nan berkata, kepincangan dan keburukan dalaman pakatan pembangkang telah didedahkan oleh ahli-ahli mereka sendiri sekali gus membuktikan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri.

''Mentadbir sebuah kerajaan bukan sesuatu yang mudah dan ia perlu sentiasa ada sistem 'periksa dan imbang' dan saya yakin parti komponen BN akan terus memantau segala usaha yang dibuat kerajaan negeri ini," ujarnya. - Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment