PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Tuesday, February 16, 2010

Guan Eng Berbohong Lagi.

Lim Guan Eng Sosialis berbohong lagi?

Cuba kita bandingkan kenyataan Guan Eng dengan surat pekeliling di bawah.

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan kononnya tiada perarakan Maulidur Rasul di negeri itu tahun ini, sebaliknya menyatakan pelbagai program diatur selama empat hari berturut-turut mulai 25 Februari sempena sambutan itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang pengumuman mengenai perkara itu.

"Kami terkejut dengan kenyataan palsu itu dan kerajaan negeri serta Jabatan Agama Islam sebenarnya telah merancang mengenai pelbagai program sempena sambutan ini tiga bulan lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Surat pekeliling di atas jelas menyatakan bahawa Majlis Perarakan sempena Maulidur Rasul telah dibatalkan dan Guan Eng masih menafikannya!

Penulis tidak pasti kenapakah Guan Eng mahu berbohong di dalam isu ini?

Apakah beliau berpendapat bahawa umat Islam di Pulau Pinang berada di bawah telunjuk beliau dan begitu senang diperbodoh-bodohkan?

Apa yang penulis perhatikan ialah Guan Eng Sosialis sudah mulai gementar dengan gelombang kemarahan rakyat Pulau Pinang terhadap diri beliau dan beliau seboleh-bolehnya cuba menutup setiap ruang untuk rakyat Pulau Pinang menunjukkan kekecewaan mereka.

Penulis sedang menunggu jawapan 'bernas' daripada Guan Eng dan sebagai chauvinis dan diktator, beliau , mungkin sedang mereka jawapan beliau. Atau pun Guan Eng akan berdiam diri sahaja seperti isu-isu panas yang melibatkan diri beliau.

Atau pun beliau akan menyalahkan pihak lain kerana kononnya tidak memberitahu beliau tentang maklumat yang telah diputuskan?

Guan Eng perlu menjawap persoalan ini sebelum rakyat Pulau Pinang bertambah kecewa dan marah!

No comments:

Post a Comment