Sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.
“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini
oleh : Pejuang Bangsa
Guan Eng hanya berani menyatakan jumlah peratusan kontraktor Melayu memperolehi projek kerajaan negeri melalui peratusan sahaja tetapi bukan bukan nilai sebenarn harga tender itu
Hari ini Sekretariat Melayu PP mendesak agar kerajaan negeri mendedahkan nilai tender yang diperolehi orang Melayu kepada orang ramai jika mahu menjadi kerajaan yang telus .
Kami hendak tahu nilai tender yang diberi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu termasuk apa yang mereka bekalkan seperti terkandung dalam kontrak itu.
"Kalau kerajaan negeri telus, mereka sepatutnya umumkan juga nilai tender yang diberi, bukan sekadar menyatakan peratusan," klik di sini
Jangan cuba putarbelit cerita kononnya sistem tender terbuka ini telus jika berani berikan nilai sebenar tender itu yang dapat kepada kontraktor Melayu . Tetapi ada juga balaci blog pembangkang yang terus puji Guan Eng dan menyatakan siapa kata Melayu tidak boleh bersaing dalam tender terbuka ??
Nampak sangat blog pembangkang ini cetek ilmu dan jika ramai kontraktor Melayu dapat projek pun tetapi nilai projek itu ciput tidak guna juga. Kalau bangsa Guan Eng dapat projek juta-juta , so siapa lebih untung ??
Kerajaan persekutuan pun selama memerintah negara sentiasa mengumumkan peruntukan kepada rakyat melalui nilai bukannya peratusan seperti Guan Eng yang cuba perbodohkan Melayu PP .
No comments:
Post a Comment