PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Tuesday, February 9, 2010

UMNO bantah cadangan lantik Mansor sebagai Pengerusi PUZ



BUKIT MERTAJAM 8 Feb. - Badan Perhubungan UMNO negeri membantah cadangan kerajaan negeri melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) kerana ia dikatakan bertentangan dengan amalan urus tadbir.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan pengerusi PUZ adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Oleh itu, katanya, ia sepatutnya tidak boleh diputuskan melalui mesyuarat Exco kerajaan negeri seperti berlaku baru-baru ini.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Ahli Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim mengeluarkan surat berunsur arahan kepada MAIPP mengenai pelantikan itu walaupun beliau tiada locus standi untuk berbuat demikian.

"Pelantikan Pengerusi PUZ adalah hak mutlak MAIPP yang memiliki 100 peratus saham dalam PUZ bukannya ditentukan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri. Apa yang berlaku sekarang bercanggah dengan amalan pentadbiran sihat.

"Bagaimana Abdul Malik mengeluarkan surat kepada MAIPP supaya Mansor dilantik sedangkan beliau tiada locus standi memandangkan surat seumpama itu hanya boleh dikeluarkan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri?" katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini malam tadi.

Mansor sebelum ini mengesahkan desas-desus mengenai cadangan kerajaan negeri untuk melantiknya sebagai Pengerusi PUZ negeri, jawatan yang tradisinya disandang oleh Yang Dipertua MAIPP.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan, sebahagian Ahli Lembaga Pengarah MAIPP yang bermesyuarat baru-baru ini menolak cadangan itu kerana berpendapat, PUZ sepatutnya diuruskan sendiri oleh MAIPP.

Ahli Lembaga Pengarah MAIPP dalam mesyuarat itu juga sebulat suara mahu perkara itu dibincangkan dengan lebih lanjut sebelum keputusan muktamad dibuat.

Jawatan Yang Dipertua MAIPP kini disandang Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga bekas Pengarah Pusat Islam USM, Ellias Zakaria.

PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan syarikat milik penuh MAIPP dan dianggarkan memungut kutipan zakat mencecah RM40 juta setahun.

Menurut Ahmad Zahid, perkembangan tersebut menyebabkan kepimpinan dan kewibawaan kerajaan negeri diragui dalam memahami tanggungjawab tadbir urus zakat yang merupakan amanah daripada masyarakat Islam.

"Dari satu segi, cadangan pelantikan Mansor adalah tidak munasabah kerana beliau tiada kena mengena, malah tidak pernah menganggotai jawatankuasa MAIPP.

"UMNO negeri bersetuju agar jawatan Pengerusi PUZ disandang oleh Ellias yang mempunyai latar belakang tepat dan sudah menganggotai MAIPP sejak lebih 15 tahun," ujarnya.

No comments:

Post a Comment