PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Tuesday, March 2, 2010

Timbalan Presiden PKR seperti Kebudak-budakkan.

Parti PKR sudah memulakan character assasination terhadap Fairus Khairuddin, bekas TKM Pulau Pinang. Mereka sudah mulai menfitnah dan mereka-rekakan cerita supaya Fairus Khairuddin tampak seperti orang jahat. Mereka juga cuba mencipta elemen merajuk sebagai sebab utama Fairus keluar dari parti PKR.

PKR menuduh bahawa Fairus meminta agar dilangsaikan 2 kereta mewah beliau dan beliau menuntut agar dibayar RM15,000 sebulan.

Penjelasan (sms) Fairus Khairuddin mengenai tuduhan tersebut :-

Fairus : Perkara ini adalah perkara yang diputarbelitkan oleh Dr Syed Hussin. Ianya pembohongan yang nyata untuk mencemar nama baik saya hanya semata-mata kerana saya memilih melalui solat sunat istikharah saya menyertai UMNO. Mereka yang sebenarnya menganiayai saya. Ianya adalah taktik politik murahan yang begitu sekali kebudak-budakkan (it's a childish politicking).

Apabila ditanya mengenai kereta dan 'tuntutan RM15,000' seperti yang dituduh, Fairus menjawab :-

Fairus : Tak benar. Ianya hanya diputarbelitkan mereka. Anwar Ibrahim yang menjanjikan untuk menjaga kebajikan saya setelah pergorbanan besar saya lakukan kepada mereka. Tapi malangnya kini semuanya diputarbelitkan.

Berkenaan kereta, ianya tidaklah seperti yang digambarkan. Kedua-dua kereta adalah kereta second hand yang dibeli mengikut semua lunas-lunas perundangan yang betul dengan duit saya sendiri. Ianya masih dalam installment pun bukannya dibeli cash atau yang sewaktu dengannya itu.

Fitnah semata semua itu. Berniat jahat.

Salah satu kereta itu adalah kereta lama tahun 1997 dan yang lagi satu adalah kereta tahun 2004. Bukannya kereta baru. Tidak timbul persoalan ini. Mereka hanya cuba putar belit segala kebenaran.

Saya tidak gentar sedikit pun. La ta khaf wa la tahzan, innallaha ma'ana (jangan tajut dan gentar, Allah akan bersama dengan kita)

Inilah jawapan yang diterima daripada Fairus Khairuddin. Semoga kita dapat gambaran yang lebih jelas daripada kedua-dua pihak.

Realitinya, PKR Pulau Pinang sudah goyah dan mungkin ramai lagi pemimpin-pemimpin negeri yang sudah terfikir untuk keluar parti. Lebih baik mereka keluar daripada parti sebelum 'kapal' karam.

Lagi pun nakhoda kapal itu pun tidak ambil kisah tentang hal ehwal parti beliau di negeri kelahiran beliau sendiri!

1 comment:

  1. salam..
    syabas Mohd Fairuz kami akan sentiasa bersama anda untuk kepentingan bangsa, agama dan tanahair....
    perdulikan dengan cacian pemimpin PKR dan anda telah berjanji dengan nama Allah di hadapan saya untuk terus berjuang memperkukuhkan UMNO dan Barisan Nasional...
    ayuh mari kita teruskan perjuangan...

    ReplyDelete