PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Saturday, March 6, 2010

Talkin Buat PKR.

PKR nampaknya menjadi parti yang paling bermasalah didalam gerombolan Pakatan Rakyat. Semakin hari, semakin banyak kemelut yang timbul di dalam parti pimpinan Anwar Ibrahim tersebut.

PKR gagal menghindarkan parti mereka daripada dikritik serta dicemuh dengan pelbagai kejian. Dari barisan AMK hinggalah kepada pemimpin utama parti tersebut, PKR sentiasa bermasalah.

Kini, PKR menjadi penyumbang terbesar bagi wakil-wakil rakyat bebas dan keluar parti.

Bermula dari (bekas) EXCO Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu, (bekas) EXCO Kedah Mohd. Radzi Salleh, disusuli ADUN Selangor Badrul Hisham Abdullah, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang Fairus Khairuddin, ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan terbaru ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri.

Ini semua berpunca dari kegagalan Anwar Ibrahim melantik calon-calon yang baik bagi PKR pada PRU12 lalu. Biarpun perkara ini diakui sendiri oleh Anwar, ia tak dapat mengubah tanggapan umum bahawa parti itu semakin berkubur.

Pengakuan Anwar juga sebenarnya mendedahkan ketidak mampuan dia didalam memilih yang terbaik buat rakyat. Jika dibandingkan dengan pemimpin Pas dan DAP, Anwar Ibrahim kini dilihat merupakan pemimpin yang paling kurang bijak didalam Pakatan Rakyat.

Banyak tindakan Anwar dilihat kembali menikam dirinya dan parti. Kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat juga sedikit sebanyak membuatkan keyakinan rakyat mulai luntur terhadap gagasan pembangkang tersebut.

Disaat Umno dan Barisan Nasional kembali pulih dari luka akibat PRU12, Pakatan Rakyat pula dilihat semakin terpinggir daripada perhatian rakyat.

Kecenderungan rakyat kini mula beralih kepada kepimpinan DS Najib bersama-sama gagasan perpaduan 1Malaysia beliau.

PKR menjadi punca utama Pakatan Rakyat menjadi lemah dan juga tak mampu bersaing didalam arus politik negara.

PKR kini menghampiri nafas-nafas terakhir mereka sebagai sebuah parti.

Jika Pas dan DAP masih mahu menyimpan barah ini didalam Pakatan mereka, bersedialah untuk dikuburkan bersamanya didalam satu lubang sebelum PRU ke 13 nanti.

No comments:

Post a Comment