PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Wednesday, March 31, 2010

Guan Eng Komunis Merepek Lagi...

Penulis ingin merujuk kepada laporan berita terbaru tentang Lim Guan Eng yang mengungkit isu saham bumiputera yang 'hilang' seperti yang didakwa oleh beliau.

Mengulas lanjut, Lim berkata pendedahan itu tidak menghairankannya memandangkan ekuiti bumiputera sekarang masih gagal mencapai sasaran 30%, seperti yang digariskan Dasar Ekonomi Baru.

"Siapa sebenarnya yang dapat. Di sini saya rasa (golongan) yang tidak dapat ialah rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Melayu.

"Bermakna ada ketirisan, ada kebocoran sebanyak RM52 bilion saham yang sepatutnya masih di tangan Bumiputera tapi tidak ada di kalangan Bumiputera.

"Saya rasa ini satu skandal. Saya harap satu siasatan dapat diadakan, macam mana saham-saham ini boleh hilang kerana ini adalah satu pengkhianatan.

"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini yang merampas saham-saham ini."

Menjawab soalan wartawan kemudiannya, Lim berkata Pakatan Rakyat telah menjalankan siasatan dan mengenal pasti golongan melakukan tindakan seperti itu sebagai 'kroni BN.'

Pertama, kenyataan Lim Guan Eng berbau jahat dan tidak tepat. Saham-saham tersebut tidak hilang seperti yang didakwa oleh beliau tetapi bertukar tangan ke tangan pihak yang lain.

Dan secara logiknya, saham tersebut tidak bertukar tangan kepada bumiputera yang lain tetapi kepada businessman bukan bumiputera yang mempunyai kemampuan untuk menawarkan nilai saham yang lebih tinggi daripada pasaran.

Dan logiknya, tidak akan berlaku pengurangan di dalam pegangan saham bumiputera jika pertukaran saham adalah sesama bumiputera.

Kedua, persoalannya sekarang ialah apakah saham yang bertukar tangan dari bumiputera kepada bukan bumiputera wajar dianggap skandal seperti yang didakwa oleh Lim Guan Eng?

Apakah businessman bukan Bumiputera wajar dilabelkan sebagai penyangak dan penyamun kerana merampas saham-saham tersebut seperti dikatakan oleh Guan Eng?

Apakah mereka itu wajar ditangkap seperti yang disarankan oleh Guan Eng?

Realitinya, businessman bukan bumiputera terutamanya kaum Cina pasti akan marah dengan kenyataan terbaru Lim Guan Eng DAP Sosialis itu. Mereka pasti terasa amat terhina dan hilang maruah mereka dek keceluparan beliau.

Penulis menjangka bahawa Lim Guan Eng akan dipanggil untuk menghadap pertubuhan-pertubuhan Perniagaan Kaum Cina kerana telah memburuk-burukkan nama baik mereka.

Dan jika pertubuhan-pertubuhan tersebut tidak kisah, ianya jelas menunjukkan bahawa businessman bukan bumiputera memang penyangak dan perampas saham-saham seperti yang dikatakan oleh Lim Guan Eng.

Penyangak dan perampas saham atau menafikan dakwaan Guan Eng ? Yang mana satu yang akan dipilih?

Seperkara lagi, jika Lim Guan Eng benar-benar ikhlas untuk mendapatkan jawapan yang sebenarnya, beliau boleh memulakan usaha murni itu dengan menyoal siasat Anwar Ibrahim, rakan politik beliau sendiri. Di sini penulis sediakan mukadimahnya :-

Bapa Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik-beradik beliau yang memegang saham berjumlah lebih daripada 7.1 juta unit di dalam 3 syarikat besar.

Pada 2 May 1998, Dato' Ibrahim Abdul Rahman, telah memiliki 250,000 saham di dalam Pengkalen Holdings Berhad and 3,790,500 di dalam Nissan Industrial Oxygen Incorporated.

Farizon pula memiliki 250,000 saham di dalam Pengkalen Holdings Berhad. Marzukhi pulamemiliki 2,800,000 saham di dalam syarikat Penas Corporation.

Ibrahim Abdul Rahman turut memiliki 2,000,000 saham di dalam Industrial Oxygen Incorporated Bhd pada tahun 1993.

Dimanakah saham-saham tersebut ? Siapakah yang memberikan saham-saham tersebut?

Persoalannya sekarang ialah apakah Guan Eng akan terus berlakon dan menegakkan isu 'ketirisan saham' selepas ini atau buat-buat tidak endah lagi kerana rakan politik beliau pun penyangaknya juga?

No comments:

Post a Comment