PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Friday, October 15, 2010

IPTS di Balik Pulau : NGO minta penjelasan kerajaan PP

GEORGETOWN - Niatnya baik namun apa yang dikesali adalah tindakannya yang merugikan penduduk tempatan.

Ia berkaitan dengan tindakan Kerajaan Negeri mengambil tanah hak milik orang Melayu di kawasan Balik Pulau untuk dijadikan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dipercayai khusus untuk pelajar Cina.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, penubuhan IPTS itu dilihat satu usaha yang baik namun ia perlu dilaksanakan tanpa mengabaikan kepentingan sesuatu kaum selain mencapai agenda politik pihak tertentu.

Beliau berasa takut dan bimbang dengan tindakan itu kerana berasakan kaum Melayu di Kampung Genting dan Pondok Upeh, Balik Pulau akan terpinggir dengan projek itu kelak.

“Kita menyokong penuh sebarang usaha untuk mendirikan IPTS di Pulau Pinang namun ada beberapa perkara yang perlu diambil kira selain tidak mengabaikan nasib sesuatu kaum, terutama Melayu di sini.

“Dalam kes pengambilan tanah seluas 81 hektar di kedua-dua kampung itu, apa yang menjadi persoalan ‘besar’ bagi GPMS dan saya percaya ramai lagi nak tahu, adakah tindakan Kerajaan Negeri ada agenda lebih besar yang terselindung,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jais berkata, penubuhan IPT milikan orang Cina itu dilihat akan menambahkan etnik tertentu kerana ia hanya akan disertai kaum Cina dan pelajar luar negara yang semestinya akan menyumbang masalah sosial di kawasan itu yang majoritinya didiami kaum Melayu.

“Ia satu tindakan pelik yang mana Kerajaan Negeri memilih tanah itu sebagai lokasi untuk menubuhkan pusat pengajian. Adakah ia salah satu cara Kerajaan Negeri yang dipimpin DAP menjamin parti itu terus menapak di sini?

“Pengambilan tanah ini dilihat sebagai satu tindakan meminta orang Melayu menyerahkan tanah kononnya untuk pendidikan,” katanya.

Jais turut meminta Kerajaan Negeri supaya membuat satu taklimat khas tentang pengambilan tanah di dua kampung itu selain menyatakan hasrat sebenarnya mendirikan IPT di kawasan itu berbanding kawasan lain yang mempunyai keluasan lebih besar.

"Kerajaan Negeri perlu beri taklimat selain membuat tinjauan penduduk setempat sama ada setuju atau tidak dengan projek itu. Ini perlu kerana melibatkan tanah kaum Melayu yang sudah lama mendiami dua kampung berkenaan,” katanya.

Perlu nilai semula rancangan

NAIB Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin berkata, niat untuk menubuhkan IPTS itu dilihat baik namun tidak kena pada tempatnya.

“Apa yang Kerajaan Negeri fikirkan? Mengapa perlu mengambil hak mereka di Pulau Pinang?

“Saya kesal dengan tindakan ini dan meminta Kerajaan Negeri menilai semula keputusan berikutan mereka berkuasa untuk buat apa sahaja, oleh itu saya minta mereka fikir sehabisnya sebelum keputusan dibuat,” katanya.

Hafiz turut meminta mana-mana pihak yang terpanggil supaya menolong bagi mengembalikan hak kaum Melayu, terutama isu yang berkaitan tanah di Pulau Pinang.

Pemenang cadang lokasi dipindah

PRESIDEN Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd Yusof Latiff berkata, ia satu tindakan yang tidak wajar apabila mendirikan IPTS di kawasan yang majoritinya kaum Melayu selain akan mengganggu ekosistem di dua kampung itu.

“Pemenang mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memindahkan lokasi pembinaan IPTS itu di kawasan lain yang mana seelok-eloknya di tanah besar yang mempunyai kawasan yang lebih strategik.

“Diharapkan supaya cadangan ini dipertimbangkan oleh pihak yang bertanggungjawab, terutama Kerajaan Negeri.

"Ini supaya ia tidak menimbulkan sebarang konflik pada masa akan datang,” kata Mohd Yusof.

3 comments:

  1. melayu2 pulau pinang mmg dlm gelombang bahaya, tp yg sedihnya ramai lg masih buat tak tau dan mmbiarkan pkara ni brlaku, bnyk yg brkata xnk amik pusing hal ni sbb ada kaitan dgn politik semasa, tp yg mereka tak sedar ialah agenda bngsa merah ni, cukup2 la dgn ego politik masing2.. berenti sat dr pk pasal politik2 topeng ni.. tlg ketepikan pasal politik2 yg tak bawa apa2 kebaikan untuk org2 melayu... jika perlu rusuhan kita perlu buat demi jaminan untuk org2 melayu di masa hadapan.. jgn lah kita trlalu leka mncari nama hingga ms dpan anak2 melayu di masa depan.. jgn la kita biarkan nasib anak2 melayu di masa depan merempat di bumi sendiri.. ini bkn sekadar fantasi tp knyataan jika trlalu leka skrg ni.. sedar la org2 melayu, bngsa merah ni mmg ada agenda yg mmg patut ditentang habis-habisan..

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,

    Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada UMB Penang yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

    Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

    Blog GB tlh linkkan blog UMB Penang di dalam blog pilihan di blog saya..

    Di harap pihak UMB Penang dapat membantu GB untuk mempromosi blog saya..

    SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    ReplyDelete
  3. Mana dia pakar melayu yang boleh berguling tidur atas jalan Maaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete