PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Sunday, November 14, 2010

Tiada bukti projek landasan berkembar punca banjir



BUKIT MERTAJAM 13 Nov. - Belum ada bukti menunjukkan kerja-kerja Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar yang sedang dijalankan menjadi punca kejadian banjir besar di Kedah baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, adalah sesuatu yang merugikan jika pembinaan landasan berkembar elektrik tersebut terpaksa ditangguhkan disebabkan dakwaan tanpa asas kukuh itu.

Menurutnya, beliau yakin pihak terbabit akan menjalankan kajian teknikal dengan segera supaya projek berkenaan tidak terjejas dan dapat berjalan mengikut jadual.

"Saya diberitahu belum ada bukti projek berkenaan menjadi faktor utama kepada banjir di Kedah tapi kita perlu tunggu dan lihat.

"Saya yakin pihak terbabit akan menjalankan kajian untuk memberi kata putus sama ada terbukti banjir yang berlaku ada hubung kait dengan projek tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan syarikat pemaju pembinaan landasan berkembar itu, syarikat MMC-Gamuda Joint Venture (Gamuda) memberhentikan dengan segera projek berkenaan yang melibatkan tanah di negeri ini bagi mengelak banjir.

1 comment:

  1. projek tu tak ganggu saliran air pun.kalau ganggu sistem lalulintas,yes.kalau kat sp memang jam sikit.tapi kalau kat alor star tu,rasanya bukan disebabkan construction railway tapi sebab ketidakcekapan pengurusan.sepatutnya negeri kedah kena ada backup plan untuk banjir sebab banjir adalah aktiviti tahunan negeri kedah.bukan sekali ni je yang banjir,setiap tahun terjadi.

    ReplyDelete