PERHATIAN

Kami mengalu-alukan sebarang informasi dan juga timbal balas daripada anda sekalian terutamanya mengenai isu-isu setempat di Pulau Pinang.

Mari kita sama-sama bongkar dan dedahkan pembohongan Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang !!

Emelkan ke penang.umb@gmail.com

Terima kasih.

Friday, November 5, 2010

Wang judi' tetap diserah kepada kerajaan DAP Pulau Pinang

PULAU PINANG 4 Nov. - 'Wang judi' yang diberikan kepada fakir miskin sempena Ramadan lalu, akan tetap diserahkan kembali kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana ia adalah amanah yang perlu dilaksanakan.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan berkata, beliau akan meminta wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyerahkan wang berjumlah RM23,700 kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng minggu depan.

''Apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang semula Isnin ini, kita akan meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN membantu memulangkan semula duit itu kepada kerajaan DAP Pulau Pinang, ini amanah orang ramai.

''Kalau mereka masih enggan menerima, kita akan masukkan terus ke dalam akaun kerajaan negeri kerana kita memegang amanah golongan terlibat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Selasa lalu, hasrat Pemuda UMNO negeri mahu menyerahkan kembali 'wang judi' kerajaan negeri yang diberikan kepada fakir miskin sempena Ramadan lalu tidak kesampaian kerana pelbagai kerenah ditetapkan untuk tujuan itu.

Semasa wang tersebut mahu diserahkan di Bangunan DUN, tiada seorang pun wakil kerajaan negeri yang mahu menerima wang tersebut dan mereka juga diminta menyerahkannya kepada pejabat-pejabat daerah yang terlibat.

Pada 29 September lalu, 40 penerima bantuan kerajaan negeri terdiri warga emas dan fakir miskin dari kawasan Kepala Batas memulangkan semula bantuan berkenaan.

Ia diikuti 70 lagi penerima bantuan sekitar Bayan Baru pada 2 Oktober lalu dan 47 dari Bukit Mertajam yang membuat tindakan sama pada keesokan harinya dan di tempat lain.

Seramai 60 lagi warga emas dan fakir miskin dari kawasan Balik Pulau mengambil tindakan sama dengan memulangkan semula wang ihsan RM100 secara sukarela kepada kerajaan DAP Pulau Pinang pada 8 Oktober lalu.

1 comment:

  1. slm umb png..
    blog tuan telah diikut
    dan dipaut didalam blog saya..
    harap tuan dpt berbuat begitu juga..

    http://panggungopera.blogspot.com/2010/11/video-hangat-mesti-ditonton-pasngok.html

    ReplyDelete